Posts

Showing posts with the label Bahasa

Belajar bahasa kenyah bahagian 2. Nama pelik tapi benar

Image
Pada  blog belajar bahasa kenyah bahagian 2 ini saya akan tulis tentang nama jenis buah-buahan dan haiwan dalam bahasa kenyah. Ini mungkin akan berguna dan bermanfaat bagi sesiapa yang mahu mendalami dan belajar bahasa kenyah khususnya Kalau pembaca belum membaca blog saya tentang belajar bahasa kenyah sebelumnya boleh klik  DISINI Seperti yang kita tahu, sebutan nama buah-buahan dan nama haiwan mungkin berbeza bagi sebahagian suku kaum atau bangsa tetapi walaupun begitu ada juga perkataan yang bila dengar  sebutannya boleh dikatakan hampir sama dan kita mungkin boleh faham apa yang dimaksudkan oleh orang yang menyebutnya. Sebagai contoh buah durian;; Dalam bahasa Melayu sebut "DURIAN" manakala dalam bahasa Iban sebut "RIAN" dan dalam bahasa Kenyah pula sebut "DIAN ". Kalau dalam bahasa Cina kalau tidak silap saya ialah "LIULIAN" Sebutan nama buah diatas  agak sama bukan?? Iya masih menggunakan perkataan yang sama di huju...

Jom belajar bahasa kenyah

Di  blog ini kita akan belajar bahasa kenyah biar tahu sedikit sebanyak dan tidak bingung apabila hendak bertanya ke orang kenyah . Untuk pengetahuan anda, kenyah mempunyai banyak bahasa yg berbeza-beza seperti kenyah bakung, badeng , lepok tau' , lepok jalan , umag lasan , lun bawang dan banyak lagi yg lain. Tengok  Disini kalau nak tahu lebih mendalam tentang suku dayak Kenyah.  Untuk menguasai bahasa kenyah agak  sukar juga jadi salah satu cara agar anda cepat faham adalah ada kawan untuk  bercakap dalam bahasa kenyah dan andai  kata tiada kawan, anda kena selalu bertanya dekat orang yang fasih berbahasa kenyah atau selalu cari di google Asalkan  ada keinginan dan niat untuk belajar saya rasa anda pasti boleh. Oklah tanpa membuang waktu, kita akan belajar sedikit sebanyak tentang bahasa kenyah 'bakung'. Ok mari mulai !!! ☺☺ Nombor Satu - ca Dua - dua Tiga - telu Empat - pat Lima - lema Enam - nem Tujuh - tujok Lapan -...