Posts

Showing posts from April, 2019

Belajar bahasa kenyah bahagian 2. Nama pelik tapi benar

Image
Pada  blog belajar bahasa kenyah bahagian 2 ini saya akan tulis tentang nama jenis buah-buahan dan haiwan dalam bahasa kenyah. Ini mungkin akan berguna dan bermanfaat bagi sesiapa yang mahu mendalami dan belajar bahasa kenyah khususnya Kalau pembaca belum membaca blog saya tentang belajar bahasa kenyah sebelumnya boleh klik  DISINI Seperti yang kita tahu, sebutan nama buah-buahan dan nama haiwan mungkin berbeza bagi sebahagian suku kaum atau bangsa tetapi walaupun begitu ada juga perkataan yang bila dengar  sebutannya boleh dikatakan hampir sama dan kita mungkin boleh faham apa yang dimaksudkan oleh orang yang menyebutnya. Sebagai contoh buah durian;; Dalam bahasa Melayu sebut "DURIAN" manakala dalam bahasa Iban sebut "RIAN" dan dalam bahasa Kenyah pula sebut "DIAN ". Kalau dalam bahasa Cina kalau tidak silap saya ialah "LIULIAN" Sebutan nama buah diatas  agak sama bukan?? Iya masih menggunakan perkataan yang sama di huju

Membuat tabung buluh yang menarik

Image
Corak ukiran dayak Mari kita menabung!! Hai teman-teman, anda minat menabung tak?? Nah, bagi yang berminat pasti tak sabar-sabar mahu melihat tabung anda penuh kan!!! Menyimpan duit adalah untuk  kegunaan masa depan, dengan adanya duit simpanan atau tabungan sedikit sebanyak boleh meringankan beban kita apabila memerlukan duit di kemudian hari. Kita tidak tahu esok lusa mungkin kesihatan kita merosot, anak sakit, bayar yuran pengajian, belanja perkhawinan atau mengalami masa-masa yang sukar dan sangat memerlukan duit dan disitulah kita tahu betapa pentingnya ada duit simpanan Dengan adanya sikap yang suka menabung dan menyimpan duit boleh mengubah sikap kita yang mungkin sebelum ini suka berbelanja lebih. Gaya hidup yang boros dapat memudaratkan diri kita sendiri dan keluarga dan sikap itu harus dihindari.  Apabila sudah terbiasa menabung iya akan menjadi satu kebiasaan yang pasti itu adalah baik untuk kita sendiri.  Dalam zaman yang agak mencabar masa kini ad