Membuat tabung buluh yang menarik
Corak ukiran dayak Mari kita menabung!! Hai teman-teman, anda minat menabung tak?? Nah, bagi yang berminat pasti tak sabar-sabar mahu melihat tabung anda penuh kan!!! Menyimpan duit adalah untuk kegunaan masa depan, dengan adanya duit simpanan atau tabungan sedikit sebanyak boleh meringankan beban kita apabila memerlukan duit di kemudian hari. Kita tidak tahu esok lusa mungkin kesihatan kita merosot, anak sakit, bayar yuran pengajian, belanja perkhawinan atau mengalami masa-masa yang sukar dan sangat memerlukan duit dan disitulah kita tahu betapa pentingnya ada duit simpanan Dengan adanya sikap yang suka menabung dan menyimpan duit boleh mengubah sikap kita yang mungkin sebelum ini suka berbelanja lebih. Gaya hidup yang boros dapat memudaratkan diri kita sendiri dan keluarga dan sikap itu harus dihindari. Apabila sudah terbiasa menabung iya akan menjadi satu kebiasaan yang pasti itu adalah baik untuk kita sendiri. Dalam zaman yang agak mencaba...