Membuat tabung buluh yang menarik

Corak ukiran dayak

Mari kita menabung!!

Hai teman-teman, anda minat menabung tak?? Nah, bagi yang berminat pasti tak sabar-sabar mahu melihat tabung anda penuh kan!!!

Menyimpan duit adalah untuk  kegunaan masa depan, dengan adanya duit simpanan atau tabungan sedikit sebanyak boleh meringankan beban kita apabila memerlukan duit di kemudian hari. Kita tidak tahu esok lusa mungkin kesihatan kita merosot, anak sakit, bayar yuran pengajian, belanja perkhawinan atau mengalami masa-masa yang sukar dan sangat memerlukan duit dan disitulah kita tahu betapa pentingnya ada duit simpanan


Dengan adanya sikap yang suka menabung dan menyimpan duit boleh mengubah sikap kita yang mungkin sebelum ini suka berbelanja lebih. Gaya hidup yang boros dapat memudaratkan diri kita sendiri dan keluarga dan sikap itu harus dihindari.  Apabila sudah terbiasa menabung iya akan menjadi satu kebiasaan yang pasti itu adalah baik untuk kita sendiri. 


Dalam zaman yang agak mencabar masa kini adalah penting  untuk kita pandai berjimat cermat. Utamakan dan dahulukan   KEPERLUAN daripada KEHENDAK.  Contoh keperluan yang harus diutamakan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan barang seperti kereta,hp, motosikal dan barang sejenisnya boleh dikategorikan dalam kehendak melainkan kita benar² mampu


Gabungan ukiran corak kasut dan bunga

Cara membuat tabung yang menarik!!

Pada kesempatan kali ini saya akan membagi salah satu cara membuat tabung buluh yang menarik. Seperti yang kita tahu ada banyak cara untuk buat tabung yang cantik dan menarik mengikut kreativiti masing-masing. Ada segelintir orang yang kreatif memanfaatkan barang buangan ataupun barang tidak terpakai untuk menghasilkan tabung duit yang menarik seperti menggunakan tabung bekas gas aircond keretadari bekas kotak dan bermacam-macam lagi jenis yang lain sesuai keinginan. 

Tabung dari buluh memang tidak asing lagi bagi kita kerana begitu banyak orang membuat dan menjualnya sekarang malah ada peminat nya yang tersendiri dan tidak kalah nya juga dari jenis-jenis tabung moden masa kini

Disini kita akan membuat tabung buluh yang ada penutup nya biar duit di dalamnya senang dikeluarkan. Kebiasaannya tabung yang sudah penuh harus dipecahkan untuk mengeluarkan duit di dalam nya dan akan sayang sekali kalau tabung yg sudah kita buat cantik² dipecahkan, betul tak??  Satu lagi, kalau kita sudah lama pakai tabung tersebut kita boleh menjualnya kepada yang berminat mahu membeli


Cara² pembuatan


Pertama pilih buluh yang sesuai seperti buluh yang isi nya tebal biar tahan lama dan tidak mengerut apabila dipotong tapi tidak semua buluh akan mengerut/mengecut melainkan iya sudah tua dan matang jadi harus pandai memilih. Potong dua buluh tersebut dengan satu panjang dan satu lagi pendek, yang pendek akan dibuat jadi penutup nya. Buang bahagian "luar hujung" buluh yang panjang sekitar 3 cm dan bahagian "dalam hujung" buluh yang pendek dengan sukatan yang sama iaitu 3 cm biar dapatkan dicantumkan 

Sekarang masa untuk mengukirnya buluh tersebut sesuai keinginan dan kreativiti masing-masing. Sebaiknya lukis dahulu ukiran yang mahu dibuat pakai marker atau pensil biar senang proses pengukiran nantinya. Sediakan alat pengukir  yang sesuai dan biasanya digunakan untuk mengukir

Kalau sudah siap mengukir, selanjutnya proses membuang kulit buluh yang tidak diperlukan dan harus dilakukan secara berhati² agar tidak merosak corak yang sudah di buat. Selanjutnya proses mewarna buluh anda tapi kalau tidak mahu mewarnainya pun boleh ikut kemahuan masing². Proses mewarna pula ikut kemahuan sendiri seperti pakai water colour, marker warna atau apa saja yang menurut mu menarik

Misalnya kita menggunakan cat water colour, kita harus menunggu sampai iya benar² kering. Proses selepas itu adalah mengecat pakai cat kayu yang berwarna jernih biar nampak mengkilat dan yang pastinya akan  membuat tabung anda nampak menarik. Antara fungsi yang lain untuk cat kayu ini juga ialah biar tabung buluh kita tidak dimakan anai-anai atau pun binatang pemakan kayu dan buluh.

Selepas selesai mengecat, sebaiknya jemur tabung anda di dalam bilik atau tempat yang redup dan tunggu cat kayu tersebut betul² kering barulah boleh digunakan.

Mari kita manfaatkan  tumbuhan semula jadi yang banyak hidup meliar ini. 

Sampai disini sahaja kali ini, terima kasih kerana sudi membaca/ melawat blog saya. Kalau ada komen boleh ditulis di bawah.  SEKIAN ☺

Comments

Post a Comment

Komenlah sesuai dengan tajuk artikel

Popular posts from this blog

Jom belajar bahasa kenyah

Usal usul Sape dan cara pembuatannya

Belajar bahasa kenyah bahagian 2. Nama pelik tapi benar