Usal usul Sape dan cara pembuatannya
Setiap suku kaum atau etnik yang hidup di muka bumi memiliki alat muzik tradisional sendiri baik itu bersaiz kecil ataupun yang bersaiz besar dan tentu sekali cara untuk memainkan alat muzik tersebut berbeza-beza ada yang dipukul, dipetik, ditiup, digeser dan macam-macam lagilah
Pengenalan tentang Sape
Dalam artikel ini kita akan membahas tentang alat muzik tradisional untuk suku Dayak yang mendiami kepulauan Bornea (Sarawak,Sabah,Kalimantan)
dipanggil Sape. Untuk sebutannya mungkin berbeza di tiap daerah kerna ada yang menyebutnya dengan sebutan Sape,Sampe dan ada juga Sampek
Menurut sejarah, asal usul Sape diciptakan oleh seseorang yang dikatakan sedang menaiki perahu dan karam di jeram/wong , orang tersebut pingsan dan terdampar di karangan . Dalam keadaan separuh sedar, dia mendengar alunan nada² yang indah dari gema hutan dan sungai. Setelah sedar orang tersebut membuat alat muzik berbentuk perahu dan meniru nada² yang iya dengar saat iya terdampar di karangan, dari situlah bermulanya penggunaan Sape menurut orang tua²

Alat muzik Sape juga menjadi salah satu media yang diperlukan dalam perlaksanaan upacara adat istiadat suku Dayak seperti majlis keramaian, kelahiran, perkhawinan,masa menuai dan sebagainya.
Ketika sesuatu upacara diadakan, Sape kerap dimainkan diiringi tarian para lelaki dan wanita dengan tarian lemah gemulai dengan lengkokan yang tersendiri mengikut rentak bunyi Sape yang dimainkan . Lelaki kebiasaanya dilengkapi dengan pakaian tradisonal iaitu topi khusus yang dihiasi bulu burung kenyalang ataupun bulu burung ruai dan baju yg diperbuat dari kulit beruang manakala untuk wanita pula dilengkapi aksessori kalung topi khusus dan baju yang dihiasi manik dan bulu burung kenyalang diikat di jari.

Muzik Sape menurut orang dayak merupakan alat muzik yang berfungsi untuk menyatakan perasaan yang hidapi, baik itu perasaan riang gembira, kerinduan, kesedihan bahkan rasa duka yang mendalam. Tidak hairanlah ada segelintir orang saat pertama kali mendengar alunan muzik Sape akan berasa teruja dan merinding bulu roma kerana keindahan rentak alunan bunyinya yang memukau dan seolah-olah memberi satu rasa kedamaian dan ketenangan dalam hati
Revolusi Sape
Kalau dahulu dawai Sape menggunakan tali dari serat pohon enau atau bilah rotan yang diraut halus namun kini seiring dengan perubahan zaman Sape kini memakai dawai kecil agak sama seperti gitar. Kalau dahulu Sape sering dimainkan bersama seruling dan jatung utang( sejenis muzik muzik yang dibuat dari kayu yang ringan dan bunyinya di selaraskan mengikut ketebalan ukuran kayu tersebut) tetapi kini tidak lagi kerana iya boleh digabungkan dengan muzik moden seperti drum, gitar, piano dan lain². Malah ada setengah orang yang pakar mengubah rentak muzik Sape yang slow kepada nada yang rancak dan Rock n roll
Seiring dengan perubahan zaman, manusia pun semakin kreatif dalam mengolah sesuatu benda dan alat. Sama juga dengan Sape, tempat untuk menegangkan/mengerat dawai Sape juga berubah, kalau dahulu hanya menggunakan kayu yang dibulat seperti gambar dibawah dan dimasukkan di lubang yang sudah ditebuk tapi kini tidak lagi, iya boleh diubah suai sama seperti menegang dawai gitar. Semua itu ikut cita rasa masing² sama ada mahu guna gaya lama atau pun baru.

Di zaman serba moden masa kini, Sape bukan hanya dapat dimainkan oleh suku Dayak saja malah boleh dimainkan oleh bangsa yang lain seperti orang putih main Sape dan lain² bangsa. Mereka juga amat minat dengan alunan irama muzik Sape yang indah dan memilki keunikannya yang tersendiri
Cara pembuatan dan bahannya
Untuk membuat Sape harus pilih kayu yang terbaik dan berkualiti, cari kayu yang padat seratnya dan pori-pori yang kecil. Semakin padat semakin bagus sebab serat dan pori yang padat membuat kayu tahan lama,
kuat, tidak mudah pecah dan tidak mudah dimakan anai² atau rayap. Sebaiknya ambil pangkal kayu kerana iya lebih matang atau tua.
Jenis kayu yang boleh dikatakan terbaik adalah seperti kayu adau, kayu pelaik dan juga jenis kayu meranti yang tahan . Semakin keras dan banyak urat daging kayunya, maka suara yang dihasilkan Sape akan semakin bagus. Untuk membuat suara Sape yang bagus maka ketebalan dan kenipisan bahagian belakang, tepi dan permukaan yang ditebuk juga harus sama agar menghasilkan suara yang cukup lama bergetar dan nyaring ketika dipetik

Cara² pembuatannya adalah batang pohon diratakan menggunakan kapak lalu dijemur sampai kering. Harus diingat untuk sukat berapa panjang Sape yang ingin dibuat agar tidak terpotong terlalu pendek. Setelah kayu betul² kering, masa untuk menebuk belakang kayu seperti kotak tapi jangan sampai tembus ke permukaan
Selesai proses menebuk masa untuk membuat bentuk tubuh dan bahagian kepala Sape, buat ukiran seperti kepala burung ataupun lain² sesuai keinginan. Di kepala Sape buat lubang sebagai tempat pemutarnya sesuai jumlah dawai yang kita akan gunakan dan sediakan batang kayu tempat melilit dawainya nanti, sesuai besar lubang yang dibuat. Selepas itu masa untuk mengukir pula badan Sape, buatlah ukiran seperti corak burung kenyalang, taring² haiwan dan lilitan corak yang menarik atau apa sahaja sesuai keinginan
Kalau semua proses diatas sudah siap, saatnya memasang belahan rotan dan dawai, belahan rotan itu berfungsi macam palang yang melintang di gagang gitar agar bunyi berubah saat kita geserkan tangan kekiri dan kekanan. Rotan yang sudah dibelah itu akan dilekat pada badan Sape menggunakan sejenis getah kayu dan satu kelainan nya disini iya tidak seperti alat muzik yang lain dimana palang yang dipasang tidak akan berubah tempat tapi Sape tidak, palang tersebut boleh diubah tempat sesuai bunyi yang diinginkan.
Untuk pengetahuan, Sape biasanya memiliki 3 dawai tapi ada juga yang dawainya 4 dan 5. Proses seterusnya, dawai yang ingin dipasang dililit dikayu yang sudah disediakan tadi dan masukkan ke lubang yang tersedia. Lepastu selaraskan semua dawai tersebut dengan menentukan ketegangan dawai Sape dan pindahkan belah rotan tadi kekiri atau kekanan biar bunyinya sekata dan dapat menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.
Memainkan Sape
Cara memainkan alat muzik tradisional ini adalah dengan cara dipetik dawainya berbeza dari gitar meskipun salah satu cara bermain gitar adalah dengan dipetik. Lazimnya dalam penggunaan gitar hanya menggunakan satu tangan untuk memetik dawainya dan sedangkan tangan yang satu laginya berfungsi mengatur nada gitar tu tapi penggunaan Sape berbeza sedikit kerana kedua-dua tangan digunakan untuk memetik dawai Sape. Penggunaan nya seperti ini "contoh" , tangan kanan memang khusus untuk memetik dawai Sape manakala tangan kiri khusus untuk mengatur nada Sape "tetapi" sambil tangan kiri kita mengatur nada iya juga memetik dawai Sape, boleh dikatakan buat dua kerja dalam suatu masa.
Nah begitulah cara memainkan sape, bagi sesiapa yang berminat belajar bermain alat musik sape bolehlah berguru atau belajar dengan orang yang biasa bermain sape atau pun melihat video di youtube kerana sekarang banyak video tentang cara bermain sape sudah di upload ke situ.
Jangan biarkan alat musik tradisional kita hilang dan dilupakan di zaman moden, kalau bukan kita siapa lagi yang akan menjaga tradisi nenek moyang kita dahulu kala.
Setakat ini dahulu artikel saya tentang Sape, harap iya boleh membantu anda yang ingin mencari maklumat tentang Sape. Kalau mahu bagi pendapat boleh tulis di bahagian komen dibawah .Sekian š¤š¤

Comments
Post a Comment
Komenlah sesuai dengan tajuk artikel