Belajar bahasa kenyah bahagian 2. Nama pelik tapi benar
Pada blog belajar bahasa kenyah bahagian 2 ini saya akan tulis tentang nama jenis buah-buahan dan haiwan dalam bahasa kenyah. Ini mungkin akan berguna dan bermanfaat bagi sesiapa yang mahu mendalami dan belajar bahasa kenyah khususnya Kalau pembaca belum membaca blog saya tentang belajar bahasa kenyah sebelumnya boleh klik DISINI Seperti yang kita tahu, sebutan nama buah-buahan dan nama haiwan mungkin berbeza bagi sebahagian suku kaum atau bangsa tetapi walaupun begitu ada juga perkataan yang bila dengar sebutannya boleh dikatakan hampir sama dan kita mungkin boleh faham apa yang dimaksudkan oleh orang yang menyebutnya. Sebagai contoh buah durian;; Dalam bahasa Melayu sebut "DURIAN" manakala dalam bahasa Iban sebut "RIAN" dan dalam bahasa Kenyah pula sebut "DIAN ". Kalau dalam bahasa Cina kalau tidak silap saya ialah "LIULIAN" Sebutan nama buah diatas agak sama bukan?? Iya masih menggunakan perkataan yang sama di huju